Sejarah

Sebelum saya menjelaskan apa yang dimaksudkan 10 langkah kaedah berkesan belajar atau 10 steps to effective learning ada baiknya kita tahu serba sedikit sejarah serta latar belakang program ini.  Program ini mula diperkenalkan oleh Adam Khoo di Singapura dengan jayanya. Oleh kerana ramai juga peserta dari Malaysia maka Adam Khoo membawa program ini ke Kuala Lumpur.

Di awal persekolahannya, beliau bukanlah seorang pelajar yang cemerlang. Keluarganya dari golongan berada. Mereka telah berusaha menghantar Adam khoo ke sekolah terbaik / elit dan ditambah dengan tuisyen yang intensif untuk membolehkah beliau mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun minatnya untuk belajar semakin hari semakin kurang dan akhirnya atas sebab sebab tertentu dia dibuang sekolah.

Keluarganya cukup malu dan banyak sekolah tidak mahu menerima Adam Khoo. Akhirnya ayahnya memasukkan Adam Khoo ke sekolah terpencil dan dalam kategori sekolah tercorot di Singapura.

Nasib Adam Khoo agak baik kerana ayahnya telah diperkenalkan oleh seorang kawannya dengan program ‘KEM TRANSFORMASI’. Ayahnya telah mendaftarkan Adam Khoo untuk mengikuti program tersebut.

Sekembalinya dari program tersebut perangai Adam Khoo berubah sama sekali. Dia telah berazam untuk kembali ke sekolah asalnya dalam masa 3 tahun. Ramai kawan kawan mentertawakannya. ‘Mana mungkin pelajar sekolah tercorot nak masuk balik ke sekolah elit’, itulah ejekan rakan rakannya. Dia tidak peduli tetapi terus berusaha dan akhirnya walaupun tidak berjaya kembali ke sekolah asal dia telah diterima di sekolah elit yang lain.

Di sekolah baru ini beliau berazam menjadi pelajar dalam kategori 1% terbaik. Dan beliau berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan ‘A’ Level dan seterusnya  berjaya memasuki universiti terbaik di Singapura, NUS. National University of Singapore merupakan salah satu university terbaik di dunia.

Semasa di NUS beliau mula memperkenalkan program yang telah dipelajari dengan beberapa ‘improvement’ kepada pelajar pelajar di Singapura. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Hasil dari yuran program tersebut digunakan untuk membiayai seluruh pengajiannya tanpa bantuan dari keluarganya.

Adam Khoo menjadi idola saya. Sejarah dan latar belakang cerita beliau memberi inspirasi kepada saya. Dan berdasar pengalaman beliaulah maka saya mengadakan program hebat ini untuk memperkenal serta memberi peluang kepada siapa sahaja yang berminat.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP