MORE INFO

BAGAIMANA SAYA BOLEH TERLIBAT DENGAN PROGRAM IAG?

Pada akhir tahun 2005 semasa cuti akhir tahun (tingkatan 1) saya secara kebetulan bercuti di Kuala Lumpur telah terbaca dalam akhbar tentang previu program I am Gifted So Are You.

Oleh sebab previu ini percuma maka saya pun mengambil keputusan untuk menghadirinya. Setelah mendengar previu dalam bahasa inggeris tersebut hanya sebahagian sahaja yang dapat saya faham.

Walau bagaimana pun saya tahu program ini sangat bagus tetapi tidak mungkin dapat saya sertai kerana penguasaan bahasa inggeris saya tidak mencapai tahap membolehkan saya hadir kerana mengikut Adam Khoo program ini diajar 100% dalam bahasa inggeris. Kerana semua instructor dari Singapura.

Sebab kedua mengapa saya tidak dapat ke Kem tersebut kerana bayarannya agak tinggi walaupun saya percaya serta yakin program ini sangat bagus dan berbaloi dengan harga yang dikenakan.

Saya tidak berputus asa. Selepas mengikuti previu tersebut semangat saya membara dan saya berazam bahawa suatu hari nanti saya pasti akan menghadirinya.

Perkara pertama yang saya mesti selesaikan ialah meningkatkan penguasaan bahasa inggeris. Kerana kalau ada duit pun membazir saja pergi kem, sebab tidak mungkin dapat memahami apa yang diajar nanti.

Saya mula membaca buku buku inggeris seperti Harry Porter, surat khabar, buku buku motivasi Adam Khoo, Seven Habit for Highly Effective People oleh Stephen Covey, The Secret – Law of Attraction oleh Rhonda Byrne, Chicken Soup oleh Jack Cansfield, komik, manga dan banyak lagi.

Selepas peperiksaan PMR penguasaan bahasa inggeris saya bertambah baik. Tapi masih tidak yakin untuk mengikuti program Adam Khoo. Semasa cuti akhir tahun tingkatan 4 (2008) saya mengambil keputusan untuk mengikuti program I am Gifted So Are You. Program ini diadakan selama 3 hari 3 malam.

Impian saya untuk ke program tersebut sudah tercapai. Tidak dapat dinafikan sebagai mana jangkaan saya sebelum ini bahawa program ini terbukti sungguh berkesan dan hebat.

Semangat saya semakin membara. Saya berazam untuk mencapai beberapa perkara untuk tahun 2009.
  • Aktif dalam kokurikulum dan sukan. Dalam sukan tidak dapat aktif sangat kerana sekolah Chung Cheng tidak mempunyai kemudahan sukan yang sewajarnya.
  • Mencapai kedudukan 10 pelajar terbaik dalam SPM dengan mendapat ‘A1’  (sekarang ubah kepada ‘A’ +) dalam semua mata pelajaran.
  • Memberi peluang dan memperkenalkan kepada pelajar pelajar di Kelantan program yang telah saya ikuti kerana program ini sangat berkesan dan hebat. Dan yang menyeronokkan ianya akan dikendalikan dalam bahasa Melayu di tempat sendiri, Kota Bharu. Dan ini akan menjimatkan masa, tenaga dan wang peserta.
Sebenarnya program ini bukan sahaja melatih pelajar untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik semata mata tetapi apa yang luar biasanya dan istimewanya, ia juga mampu mendisiplinkan serta menguruskan diri seseorang individu dalam menjalani kehidupan harian.

Selain mengikuti program dengan Adam Khoo saya juga pernah menghadiri program berikut:
  • Kursus motivasi sehari dikendalikan oleh Dr Fazley, di Dewan Perniagaan Cina Kota Bharu.
  • Seminar menjawab peperiksaan di Universiti Malaya, selama 2 hari di anjurkan oleh Utusan Malaysia. Seminar ini dikendalikan oleh pakar Dr Ismail ..
  • Dan yang paling berkesan ialah pengalaman mengikuti Kem Transformasi selama 3 hari 3 malam di Seremban, Negeri Sembilan. Program intensif dan ekslusif bertaraf internasional ini dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa inggeris oleh Adam Khoo Learning Technology dari Singapura. Kem ini memberi impak yang mendalam terhadap pencapaian saya. Dan sejak hari itu saya bercita cita untuk berkongsi segala kebaikan dari program tersebut. Maka hari ini sampailah masanya untuk saya berkongsi dengan adik adik semua segala pengalaman-pengalaman di atas. Adik adik semua tidak lagi perlu ke Kuala Lumpur, Seremban atau Singapura. Semuanya akan dikongsi bersama di Kota Bharu. Dan ini sudah tentu akan menjimatkan masa, tenaga dan wang kita semua.








SEJARAH DAN PROFIL SAYA DARI
SEKOLAH RENDAH HINGGA SEKOLAH MENENGAH.

TAHUN
PENCAPAIAN
SAYA DAN ‘IAG’
2004
DARJAH 6
UPSR – 3A, 2B, 2C
PELAJAR SEDERHANA.
2005
TINGKATAN 1
KELAS KETIGA DARI SELURUH TINGKATAN.
HADIR PREVIU ‘IAG’  PADA CUTI AKHIR TAHUN DI KL.
2006
TINGKATAN 2
NAIK KE KEKEDUDUKAN KELAS KEDUA DALAM TINGKATAN. KEDUDUKAN 5 TERBAIK DALAM KELAS.
BERUSAHA MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS.
2007
TINGKATAN 3
NAIK KE KELAS PERTAMA DALAM TING.
PMR – 8A, 1D
2008
TINGKATAN 4
KEDUDUKAN  30 PELAJAR TERBAIK.
MENGHADIRI KURSUS ‘I AM GIFTED SO ARE YOU’ DI SEREMBAN PADA BULAN DISEMBER.
2009
TINGKATAN 5
KEDUDUKAN 10 PELAJAR TERBAIK.  SEORANG PELAJAR MELAYU DALAM KELAS INI.
MENGAMALKAN APA YANG DIAJAR DALAM  ‘IAG’ .
2010
TUNGGU SPM
INSYA ALLAH DAPAT 11A+.

SIAPA YANG LAYAK  MENGHADIRINYA

Program ini sesuai  kepada semua peringkat pelajar terutamanya pelajar yang belum cemerlang dan sederhana serta memilih mencapai matlamat berikut:-
  • Mencipta perubahan positif sepanjang hayat—melihat, berfikir dan bertindak dengan cara yang berbeza untuk memperolehi hasil yang lebih baik.
  • Meningkatkan tahap kepercayaan dan kerjasama berpasukan serta mempengaruhi individu bagi meningkatkan tahap kejayaan.
  •  Menyatupadukan pasukan dan organisasi di bawah satu visi, misi serta tujuan yang sama.
  • Membantu pelajar memahami masalah dan menganggapnya sebagai peluang, yang akan mencetuskan penyelesaian yang diharapkan.
  • Menggalakkan komunikasi lebih baik yang membawa kepada kejayaan dalam menyelesaikan masalah. 
  • Mendorong peleraian konflik dan membantu individu mendapatkan faedah bersama, lantas meningkatkan momentum kumpulan.
  • Menggalakkan penambahbaikan berterusan, serta melindungi dari kelesuan yang menyebabkan tiadanya tumpuan belajar.
  • Meningkatkan inisiatif latihan yang lain kerana prinsip yang dipelajari menerusi program ini mempunyai aplikasi universal.
  • Mewujudkan persekitaran belajar yang lebih memuaskan serta meningkatkan pencapaian akademik dan kehidupan harian.
  • Mencapai kecemerlangan mental, emosi, fizikal dan spiritual secara semula jadi sesuai dengan fitrah kejadian manusia.
BAYANGKAN SEKIRANYA ANAK ANDA MEMILIKKI SIFAT SIFAT DI BAWAH.
  • Mempunyai inisiatif untuk memastikan setiap tugasan siap dan disempurnakan.
  • Boleh membincangkan isu isu mencabar secara bijak dan berdiplomasi.
  • Mempunyai matlamat dan cita cita  peribadi yang jelas.
  • Sentiasa memikirkan bagaimana untuk memperbaiki serta meningkatkan pencapaian.
  • Sentiasa merancang bagaimana untuk menggunakan masa mereka.
  •  Tidak menyalahkan orang lain apabila berlaku sesuatu masalah.
  • Dengan sendirinya berdisiplin dan fokus untuk mencapai matlamat yang utama yang telah ditetapkan.
FAEDAH FAEDAH PROGRAM.

Meningkatkan kecemerlangan akademik adalah matlamat utama program ini. Sebagai ibu bapa anda juga akan dapat menjimatkan MASA, TENAGA dan WANG. Manakala anak anda akan mendapat menafaat berikut:
  • Cekap mengurus masa untuk pelajaran dan lain lain aktiviti seperti berinternet, facebook dan sebagainya.
  • Aktif bersukan dan kokurikulum.
  • Seronok membantu ibu bapa dan keluarga.
  • Berpeluang untuk menambah wang saku atau bekerja sambilan.
  • Mempunyai lebih masa rehat untuk menjaga kesihatan seperti beriadah / bersenam, bermesra dengan ahli keluarga dan menonton TV.
  • Meningkatkan minat serta hobi untuk untuk membaca buku bukan akademik seperti novel, kartun, komik dan sebagainya.
  • Berpeluang mempelajari bahasa asing (Arab, Cina, Jepun dll).
  • Melakukan apa saja  perkara yang diminati dan berfaedah.
KAEDAH SEMULA JADI SESUAI DENGAN FITRAH KEJADIAN MANUSIA.

Dalam sistem atau konsep pembelajaran semula jadi seperti ini bukan tujuan kita untuk memaksa pelajar berubah menjadi cemerlang dengan serta merta atau ‘quick fix’. Quick fix adalah penyelesaian sementara dan kemungkinan menimbulkan gejala lain seperti stress dan bosan. Quick fix semacam pain killer yang bersifat sementara.

Kaedah ini sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Tuhan menjadikan kita mengikut evolusi dari satu peringkat ke satu peringkat. Bayi  atau kanak kanak yang baru lahir tidak boeh terus berjalan tapi harus belajar meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan kemudian baru boleh berlari.

Sebab itu kaedah ini bermula mengikut tahap seseorang pelajar pada waktu ini dan berubah perlahan lahan mengikut kemampuannya dalam masa tertentu. Apabila seseorang pelajar telah mula selesa dengan kaedah ini dia akan menetapkan sendiri matlamat atau sasaran yang ingin dicapai tanpa paksaan dari ibu bapa. Peranan ibu bapa memberi panduan dengan sedikit pemantauan.

Perkara seperti ini tidak mampu diberikan oleh pusat tuisyen. Sebab itulah sistem atau pendekatan ini menjimatkan masa, tenaga dan wang keluarga.

Mari kita lihat analogi pembesaran kanak kanak sekali lagi. Apabila orang bayi yang baru belajar berlatih tiba tiba terjatuh kita semua tidak akan mengatakan bayi itu bodoh, lembab, malas dan sebagainya. Tetapi ibu bapa akan terus hari demi hari mendorong bayi mereka berlatih dan akhirnya berjalan tanpa jemu atau teru memaksa dia terus berlari.

Begitu juga jika seorang pelajar yang berada di kelas hujung kita tidak boleh terus mengasak dia untuk terus meningkat ke kelas hadapan. Kalau kita terus mengutuk dengan mengatakan pelajar ini bodoh, malas lembab dan sebagai nya macam mana ia akan berubah dan sudah pasti dia kecewa, tertekan dan jadi malas dan lembab kerana semua orang mendoakan begitu. 

Dalam kes bayi tadi kita semua sanggup memujuk , mendorong dan terus bersabar tanpa kutukan agar bayi itu dapat berjalan suatu hari nanti. Kita semua yakin lambat atau cepat pasti ia akan dapat berjalan jua.

Walhal kita semua tahu bayi tidak pandai berkomunikasi. Ibu bapa tidak kecewa malah semua terus menyokong dan yakin bayi mereka akan dapat berjalan juga suatu hari nanti.

Tapi yang anehnya apabila melayan anak anak besar ada sesetengah ibu bapa tidak menggunakan pendekatan yang sama. Menggunakan pendekatan quick fix. Kalau boleh nak terus dapat semua ‘A’ dalam setiap ujian. Ibu bapa harus mengenal pasti apa masalah mengapa ada sesetengah anak anak mereka kurang minat belajar. Berbincanglah dengan penuh hikmah untuk mengatasi apa juga masalah.

Begitu juga dengan bayi ada yang lambat berjalan mungkin ada sebab. Terlalu gemuk ke, tulang lembik atau apa saja. Bawalah berjumpa doktor.

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN Happy Now! Good Bye Tuition
  1. Boleh hadir / tengok previu sebelum program.
  2. Program yang melibatkan ibu bapa dan pelajar.
  3. Jumlah peserta yang terhad kepada 30 hingga 50 orang untuk impak yang maksima.
  4. Diajar oleh rakan sebaya yang lebih memahami emosi peserta dan bahasa komunikasi antara mereka, dari bekas peserta yang terbukti telah berjaya mendapat manafaat dari program ini.
  5. Boleh mengulang beberapa kali tanpa bayaran - percuma.
  6. Jaminan wang dikembalikan jika tiada sebarang peningkatan pencapaian selepas setahun program.
  7. Seminggu selepas program Be Happy Now! Good Bye Tuition..., semua peserta wajib hadir untuk ulang kaji - revision.
  8. Satu program komprehensif yang melibatkan fizikal, mental, emosi dan spiritual.
BAHAN BAHAN PROGRAM
  1. Buku kerja untuk mindmaps.
  2. Nota serta fail.
  3. Satu set pen warna.
*Makan tengah hari dan minum petang disediakan.
** Masa program 8.00 pg. – 7.00 ptg.

KOS YANG PERLU DIBAYAR OLEH KEBANYAKAN IBU BAPA UNTUK MEMBIAYAI TUISYEN UNTUK SPM (Tingkatan 5).

JADUAL PERBANDINGAN KOS








TUISYEN UNTUK 5 SUBJEK 4 KALI SEBULAN,
SELAMA 2 JAM SATU SESI UNTUK
EFFECTIVE LEARNING PROGRAM

Perkara
Kadar Harga
(RM)
Kos Sebulan
(RM)
Jaminan Sepanjang Hayat dengan bayaran hanya RM
1
Kos Pengangkut Pergi dan Balik
5.00
RM100.00
2
Harga Untuk 1 Subjek
60.00
RM300.00
3
Nilai Masa Untuk 2 jam
8.00 (4.00/jam)
RM160.00
Jumlah Tahunan: (100 + 300 +160) x 12 = RM6720.00
Bayangkan berapa jumlah yang perlu dibayar sekiranya seseorang pelajar itu mula tuisyen sejak dari tingkatan 1....

MENGUPAYAKAN POTENSI ANAK ANDA.

Kita telah memasuki era di mana cara belajar perlu mantap dan berkesan. Membiarkan anak anda menggunakan kaedah lama bermaksud mengabaikan amanah anda sebagai ibubapa yang bertanggung jawab.

Keberkesanan seseorang pelajar belum pernah sepenting ini. Cabarannya ialah untuk membantu pelajar yang berpotensi untuk cemerlang, sedar akan potensi sebenar mereka, seterusnya membuat sumbangan hebat kerana mereka berupaya melakukannya. Anak merupakan harta dan amanah yang maha esa.
WHAT IS SUCCESS?

As well known author and speaker Earl Nightingale said, success is the steady progression toward a worthy ideal. Success is the ability to love, enjoy your work, and have fun in your life.

Mengikut kata seorang ahli falsafah
 “jika anda tidak seronok, bermakna anda tidak melakukannya dengan betul”.

Dalam program penuh nanti insya Allah saya akan berkongsi lebih kurang 100 falsafah atau formula untuk membantu dan membolehkan anda melakukan sesuatu perkara (belajar) dengan penuh minat melalui kaedah yang betul sehingga mampu menyerlahkan potensi masing masing secara maksimum untuk menuju kejayaan. Tunjukkan melalui LCD nota nota flip chart Adam Khoo……

Untuk tujuan previu ini saya akan berkongsi beberapa perkara dari kandungan program penuh, latihan serta ‘games’ agar presentation ini tidak boring. Kerana GAMES ARE OFTEN A REFLECTION OF BEHAVIOR.

PELABURAN DALAM PENDIDIKAN

Peruntukan yang besar diberikan dalam bajet negara setiap tahun. Ini membuktikan betapa modal insan memdapat perhatian yang serius dari kerajaan. Hari ini kita bersyukur kerana ramai ibu bapa mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap pentingnya pelajaran anak anak demi masa depan mereka.

 Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Malaysia adalah sebuah negara yang menawarkan pelbagai jenis sekolah. Selain dari sekolah harian biasa terdapat pelbagai jenis sekolah seperti Sekolah Wawasan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster dan akhir akhir ini pula kita diperkenalkan dengan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Persoalannya adakah semua pelajar mampu masuk kesekolah ini? Jawapannya hanya sebahagian kecil sahaja yang berpeluang mendapat pendidikan di sekolah elit ini. Sekolah elit ini dilengkapi pelbagai kemudahan yang terkini lagi canggih serta disokong oleh guru guru pakar. 

Kepada pelajar yang berpeluang ke sekolah ini dikira bernasib baik. Kadang kadang terpaksa ada ‘cable’ atau ‘orang dalam’ baru boleh masuk. Bagaimana pula nasib pelajar pelajar lain?  

Realitinya masih ramai anak anak yang berbakat gagal memasuki sekolah elit tersebut. Situasi ini sedikit sebanyak menjejaskan harapan pelajar dan ibu bapa untuk melahirkan pelajar yang cemerlang.

Sebab itulah ada sebahagian ibu bapa sanggup melabur dengan menghantar anak mereka ke kelas tuisyen. Pusat pusat tuisyen yang diajar oleh guru guru terkenal atau guru guru pakar menjadi buruan ibu bapa.

Manakala pusat tuisyen pula berebut rebut mencari guru guru pakar untuk bersaing dengan pusat tuisyen yang lain. 

Apakah ada penyelesaian lain kepada persoalan ini? Sama sama kita ikuti pembentangan ini dengan teliti.

PENUTUP

Perubahan pertama mesti dilakukan oleh ibu bapa kemudian anak. Dan inilah suatu yang paling susah untuk diterima kerana terdapat sebahagian dari kita berpegang kepada falsafah “buat apa yang aku suruh bukan ikut apa yang aku buat”.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP